Isnin, 27 Mac 2023

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN SMK BUKIT JALOR 2023

 

https://online.fliphtml5.com/gdpyl/cmjm/


Tarikh : 01 Ramadhan 1444H/23 Mac 2023
Masa : 7.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Jalor
Perasmi : En. Muhammad bin Mustafa
(Pengerusi PIBG SMK. Bukit Jalor)

Penceramah jemputan, Tn. Imam Masjid kariah Air Kuning Selatan.

PENGENALAN
Puasa di bulan Ramadan merupakan salah satu daripada rukun islam. Ia adalah tetamu Allah SWT yang cuma datang setahun sekali. Ambillah peluang Ramadan yang tina pada tahun ini kerana setiap detik sepanjang Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini dan besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan. Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan satu perjalanan tarbiah yang sarat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk menyuci bersih jiwa manusia menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa.


Gimik pelancaran Ihya Ramadhan oleh Pengerusi PIBG SMK Bukit Jalor, En. Muhammad bin Mustafa.

OBJEKTIF
  • Mengimarahkan bulan Ramadhan dengan meningkatkan amal ibadat dan ilmu pengetahuan.
  • Menerapkan akhlak dan sifat mahmunah ke dalam jati diri para pelajar.
  • Mengeratkan silaturahim di kalangan warga SMK Bukit Jalor.
  • Mewujudkan sikap bekerjasama dan tolong-menolong di kalangan warga sekolah.
Barisan tetamu jemputan, pentadbir, guru-guru & AKP.

Pelancaran tabung infaq Ramadhan.

Pelajar-pelajar muslim SMK Bukit Jalor.

Ucapan alu-aluan dari Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Hafiszal bin Umar.

Sebelum majlis bermula.

Penyerahan cenderahati kepada penceramah jemputan.

Ucapan perasmian.

Jumaat, 24 Mac 2023

PROGRAM AWAL REMAJA 'DIRIKU PERMATA BERHARGA' (DERMAGA)

Fakta tentang DERMAGA – Diriku Permata Berharga.

  • DERMAGA diilhamkan bagi membantu mengukuh kefahaman dan menyampai maklumat berkaitan kesihatan reproduktif remaja.
  • DERMAGA membantu memahamkan bahawa remaja juga punya tanggungjawab menjaga diri sendiri.
  • DERMAGA datang dengan pakej ABSTINEN bagi membekalkan remaja dengan kaedah mengelakkan diri setelah mengenal pasti tingkah laku berisiko atas sebab diri atau orang lain yang boleh mendekatkan diri pada risiko keselamatan diri.
  • DERMAGA hadir menyantuni keperluan pendidikan dan pencegahan – ‘informal social control’ melalui perkongsian dan pesan yang lebih dekat dengan anak-anak.
  • DERMAGA hadir dengan mempersiap kumpulan sokong- bantu dalam proses pemberdayaan peranan dan pengetahuan sesama ahli salam masyarakat.


 

Tarikh : 22 Mac 2023
Tempat : Dewan Sri Jalor.
Anjuran bersama : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan.

Barisan ABIM, pentadbir, guru dan pelajar yang terlibat.

Antara aktiviti yang dijalankan.



Sedia menerima arahan untuk aktiviti.

Khamis, 23 Mac 2023

ORENTASI PUSAT SUMBER PELAJAR TINGKATAN SATU 2023

 Tarikh : 21/3/2023 (Selasa) 
Masa : 11.00pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Sri Jalor & Pusat Sumber Al-Farabi
Penglibatan : Semua pelajar Tingkatan 1 2023/2024.

Aktiviti

  • Guru memberikan pengenalan jawatankuasa Pusat Sumber sekolah tahun 2023/2024.
  • Guru memperkenalkan barisan jawatankuasa pengawas Pusat Sumber.
  • Guru memberi taklimat berkaitan secara terperinci termasuk kepentingan program NILAM di dalam pengiraan markah PAJSK.
  • Guru menayangkan video aktiviti-aktiviti Pusat Sumber yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022/2023.
  • Pelbagai aktiviti dijalankan untuk memberi pelajar lebih kefahaman tentang pentingnya Pusat Sumber.

Impak

  • Pelajar menjadi lebih berminat untuk menyertai aktiviti anjuran Pusat Sumber.
  • Memupuk budaya membaca di sekolah melalui program NILAM.
  • Menarik minat pelajar untuk menjadi pengawas Pusat Sumber.
  • Memberi pendedahan berkaitan NILAM sekolah menengah.



Para pelajar Tingkatan 1 sesi 2023/2024.


Pustakawan yang dilantik untuk membantu program orentasi.


Guru Perpustakaan & Media, cikgu Zanariah bte Abdul Hamid memberi taklimat.


Para pelajar gembira dalam setiap sesi yang dijalankan.


Antara aktiviti yang dijalankan semasa orentasi.


Hasil dari pelajar.


Juga hasil dari pelajar.


Mereka diberi hadiah untuk hasil nukilan yang menarik.


Para pelajar seronok menjawab kuiz.


Juga diberikan hadiah.


Para pelajar dibawa melawat sekeliling sekolah untuk mereka mengenali sekolah baru mereka.


Dibawa melawat Taman Herba SMK Bukit Jalor.


Meraka dibawa melawat Pusat Sumber Al-Farabi.


Cikgu Zanariah memberi penerangan keadaan dan peraturan di dalam Pusat Sumber.