Hari Kualiti dan Sanjungan Budi SMK. Bukit Jalor merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi tujuan mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara semua guru dan Anggota Kumpulan Perlaksanaan. Penganjuran program ini juga merupakan salah satu wadah untuk meraikan para guru dan AKP yang sepanjang tahun komited menjalankan amanah dan bertugas dengan gigih demi kecemerlangan SMK. Bukit Jalor.
OBJEKTIF
❤ Meraikan semua guru dan AKP atas kerjasama yang dilakukan sepanjang tahun.
❤ Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenal dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru dan AKP SMK. Bukit Jalor.
❤ Mewujudkan kesefahaman dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan guru dan AKP SMK. Bukit Jalor sekali gus dapat meningkatkan kualiti serta produktiviti kerja.